Video: 1001 Muslims Inventions

Bismillah,alhamdulillah,dan salawat atas Rasulullah s.aw.

Berikut adalah vdeo temuramah dengan bekas Presiden FOSIS,Dr Wakkas Khan,Dental Surgeons,Governers of Christies Hospitals berkenaan buku 1001 Muslims Inventions.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Kerusi & Pengerusi..

Bismillah,alhamdulillah dan salawat ke atas nabi Muhammad s.a.w



Agaknya dari mana asal istilah pengerusi atau dalam bahasa inggerisnya; "Chairman" datang?



Semuanya bermula dari sistem pembelajaran di masjid2 dan sekolah2 orang2 Islam terdahulu.Kesemuanya berasaskan sistem "Halaqat al 'Ilm" atau halaqah, yang mana pelajar berkumpul mengelilingi seorang professor yang duduk di atas kerusi atau dalam bahasa arab "kursi".Tujuan kerusi tersebut kerana guru diberi tempat dan dimuliakan dan menjadikan kedudukannya lebih tinggi dari pelajar2 dan membolehkan mereka mendengar dengan baik. Akhirnya istilah ini berkembang kepada istilah pengerusi atau "chair of a board/committee".

Proffesor dalam kerusi studi circle ni biasanya dipilih oleh Khalifah atau satu komiti (al-Hawza) di Qum,Iran atau Najaf,Iraq.Mereka dipilih kerana keintelektualan dan kedudukan mereka. Sebagai contoh,Ibn 'Aqil ,seorang ilmuwan yang dilantik sebagai 'chair' di Jami' alMansur,Baghdad.Beliau meninggal pada tahun 1119.Begitu juga Abu 'Ali al-Kattani yang meninggal pada 1061 setelah menduduki kedudukan sebagai 'chair' selama 50 tahun .



Sesetengah 'chair' terkenal dengan disiplin keilmuwan mereka cthnya dalam 'halaqat ahl al-hadith' atau 'halaqat al-nahwiyin'.

Dari situlah berasalnya istilah pengerusi atau 'chairperson' dalam istilah yang digunakan di barat.


Next time, dalam meeting boleh tahu dari mana term 'chair' datang!=)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Pengenalan.

Bismillah,alhamdulillah dan salawat atas Rasullullah s.a.w



Prof Salim T S alHAssani


Sejarah Ringkas Terhasilnya Buku Ini

Pada 1975,Lord B V Bowdens, Pengetua Intitute Sains & Teknologi , UMIST , melahirkan kekaguman akan sejarah peradaban dan perkembangan orang Islam.Beliau menyatakan dalam House of Lords sebagai membantu ekonomi UK,dalam masalah inflasi, kerajaan UK sepatutnya belajar bagaimana pengalaman orang Islam dan belajar prinsip2 ekonomi yang tertulis dalam alQuran 1400 tahun dahulu.Beliau akhirnya menubuhkan institut "History of Muslim Science,Technology & Commerce" dan merekrut Prof Salim TS Al-Hassani dan beberapa professor yang lain dari UMIST dan Victoria Universiti Manchester walaubagaimanapun iniasiatif tersebut tidak bertahan lama,sehinggalah
Lord B V Bowdens meninggal pada 1989.

Bermula daripada situ Prof Salim TS al-Hassani mendapat peluang, berbincang dengan ramai ahli sejarah,dan ilmuwan yang bukan dari disiplin beliau(bidang kejuruteraan) sehinggalah pada 1993, Prof Donald Cardwell, Ketua Jabatann Sejarah,Sains dan Teknologi,juga pengasas Muzium Sains & Teknologi Machester mencabar beliau dengan berkata:

"Salim, kamu patutnya dari sekarang tahu, ada beribu2 tahun hilang dari sejarah kejuruteraan, yang dipanggil "Dark Ages".Kesemua kehilangan tersebut ada dalam manuskrip Arab,dalam perpustakaan2 terkenal. Kamu pula seorang professor kejuruteraan dari universiti berprestij dan tahu bahasa Arab. Jadi kamulah yang paling sesuai utk mengisi kekosongan ini"


Bermula daripada itu, Prof Salim mengumpulkan pelbagai buku,jurnal dan berhubung dengan ramai sahabat termasuk buku "The People Who Made technology From Earliest Time to Present Day" karangan Anthony Feldman & Peter Ford yang menerangkan dalam susunan kronologi bagaimana sejarah perkembangan saintifik manusia dan teknologi berkembang bermula dari rekaan2 ke penemuan penicilin.

Pada 27 Oktober 1993,Salim menghadiri satu syarahan dari HRH Putera Charles di Sheldonian Oxford bertajuk "ISlam & West" dan kata2 beliau:


"If there is much misunderstanding in the West about the nature of Islam,there is also much ignorance about the debt our own culture and civilisation owe to Islamic world.It is a failure,which stems,I think from the straight-jacket of history,which we have inherited.The medieval Islamic world,from the central Asia to the shores of Atlantic,was a world where scholars, and men of learning flourished.But because we have tended to see Islam as the enemy of the West,as an alien culture,society and system of belief,we have tended to ignore or erase its great relevance to our own history."

Kata Prof Salim, semua pelajar di UK/Barat kebanyakan dilatih untuk berfikir secara kritikal tetapi bila berdepan dengan zaman kegelapan di kurun ke 10 di Eropah, betapa tidak logiknya apabila mereka diberitahu,semua keajaiban teknologi muncul secara 'miracle' ketika Renaissance.

Selepas beberapa tahun sebelum Professor Cardwell meninggal, beliau mengatur pertemuan dengan beliau dan meminta beliau menyampaikan satu talk bertajuk; "Muslim Contribution in Science and Technology".Ramai peserta terpegun dengan pembentangan beliau pada hari itu.

Akhirnya,cita-cita beliau utk menghasilkan buku ini ditambah dengan kedudukan beliau sebagai Professor Mekanikal Engineering, dan beliau bermula dengan membangunkan website "www.MuslimHeritage.com" dan website tersebut menjadi pioneer dalam sumber utama maklumat kebanyakan institusi di UK dan mendapat kunjungan 50 000 pengunjung dalam sehari.

Subjek ini bertambah popular setelah kejadian 9/11 sehingga Ms Carleton Fiorina, Chief Eksekutif Hewlett-Packard Corporation yang membuat satu ucapan:

"There was a civilisation that was greatest in the world.It was able to create a continental super-state that streched from the ocean to ocean,from northern climes to tropics and deserts,within the its dominion,lived hudreds of millions of people of different creeds and ethnic origins.One of its language became universal language of much of the world,the bridge between the people of hundred lands.Its armies made of people of many nationalities, and its military protection allowed a degree of peace and prosperity that has never been known.The reach of this civilation's commerce extended from Latin America to China,and everywhere in between"

"And this civilisation was driven more than anything,by invention.Its architects designed buildings,that defied gravity.Its mathematicians created the algebra and algorithms that would enable building of computers,and creation of encryptions.Its doctors examined human bodies and found new cures for diseases.Its astronomers look into heavens,named stars,paved the way to space travel and explorations"

"While modern Western civilisation shares many of these traits,the civilisation i'm talking about was the Islamic world from year 800-1600,which included Ottoman empire and the courts of Baghdad,Damascus and Cairo,and enlightened rulers like Sulayman the Magnificient"


Prof Salim aktif menimbulkan kesedaran ini di kalangan komuniti British,juga Eropah termasuk kepada Youths NGOs di PArlimen Eropah,Brussels sehingga akhirnya terbitlah buku ini.


Dan antara Objektif Buku ini.

  • Melahirkan kesedaran dari kurun 7th-17th tentang tinggalan dunia Islam
  • Menggalakkan kefahaman dan penghargaan terhadap org Islam dalam dunia teknologi sekrang
  • Memberi inspirasi pada generasi muda Muslims dan non-Muslims dalam mencari role-model dalam kerjaya di bidang sains dan teknologi

InsyaAllah saya kutipkan dan kongsikan isu2 menarik daripada buku ini utk sama2 dapat inspirasi dan motivasi kepada saya sendiri terutamanya dan kita semua dalam menelususi dunia menuntut ilmu/akademik .InshaAllah.

SUMBER:Olahan dan terjemahan dari buku 1001 Inventions-Muslim Heritage in Our World


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS